Thursday, 13 March 2014

Assalammualaikum...

 lama juga tak update, untuk semester 4 saya sudah mula memahami apa itu course Social Work dan saya mula jatuh cinta dengan course Social Work hehehe.. semester 4? macam tidak percaya pula lagi 2 semester untuk saya bergelar "graduation" Insya ALLAH...

Aurat dan berubah

 umur semakin meningkat, cabaran hidup juga berbeza-beza, membuatkan diri saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan dan amalan sebagai hamba ALLAH SWT.  Insya ALLAH akan saya perbaiki diri dari semasa ke semasa untuk mendapat redha ALLAH. tidak ada istilah terlambat dalam Islam untuk berubah menjadi umat yang soleh dan solehah. ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hambanya berubah menjadi yang baik. sebagai wanita saya sangat suka melihat hamba ALLAH yang memakai niqap/ purda. saya yakin mereka ikhlas melakukannya kerana ALLAH SWT, untuk kearah itu memang ada tapibiarlah saya betul-betul bersedia dan sesuai dengan keadaan persekitaran saya, perlahan-lahan perbaiki luar dan dalam (peribadi) saya agar lebih indah. cerita tentang aurat wanita, saya tertarik dengan status sahabat dekat laman sosial facebook yang menciri-cirikan cara menutup aurat wanita dengan betul dan saya terbaca pada ruang comment yang mengatakan "untuk menjadi wanita harus kelihatan mengoda jika tidak bagaimana untuk dapat pasangan". Subhanallah... sedihya baca comment macam itu, sebagai wanita saya turut rasa malu kerana yang comment sebegitu adalah wanita.- walaupun saya bukanlah hamba ALLAH yang sempurna saya masih tahu batas-batas berpakaian dan pergaulan dengan lain jantina. saya masih perbaiki diri. tidak perlu kelihatan mengoda depan lelaki dengan pakaian yang kita pakai. lelaki yang baik (soleh) tidak pandang itu semua mereka akan tertarik pada wanita yang akhlaknya baik tidak perlu kelihatan mengoda dari segi fizikal biarla seseorang lelaki tertarik kepada wanita kerana akhlak dan peribadinya.

sebagai wanita tidak lari dari naluri untuk membina rumah tangga dengan seseorang hamba ALLAH yang soleh, yang dapat membimbing kita dan keturunan ke jalan ALLAH. sebagai pelajar Social Work saya sedikit sebanyak mempelajari tentang etika untuk berhadapan dengan klien. antaranya saya kaitkankan dengan isu yang saya katakan diatas dengan "Judge" kita tidak layak untuk menghakimi seseorang itu dengan masa lalunya, saya pernah berbicara dengan seorang sahabat tentang isu ini, sahabat tersebut mengatakan " nak tak lelaki soleh dengan wanita yang baru nak berubah? Allahualam... saya juga berfikiran sedemikian tapi saya yakin jika kita ikhlas untuk berubah ke arah kebaikan kerana ALLAH, Insya ALLAH... pasti ada hamba ALLAH yang menghargainya dan tidak melihat masa lalunya dan menerima apa jua kekurangan yang ada pada diri seseorang.

Surat an-nur ayat 26, Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula).
AnNur ayat 26

sama-sama  perbaiki akhlak dan peribadi kita agar diredhai ALLAH SWT... InsyaALLAH


ikhlas,
Hamba ALLAH yang masih memperbaiki diri ^.^