Friday, 17 April 2015

Adik  - aku tewas dengan air mata


pada 17 april 2015, saya dan geng-geng assingment pergi fieldwork untuk interview respondent dapatkan maklumat. tanpa di duga kami di temui oleh adik yang pintar, cantik dan sopan, bertudung. adik datang berlari seperti terbang seakan burung dengan mengangakat kedua-dua tangannya mendekati kami segeng dan berkata hai kakak-kakak UNIMAS, how are you? my name is intan (bukan nama sebenar), im 19 years old, im form aliran sastera. kami pun kenalkan diri kami satu-satu. lepas tu adik intan cakap kakak-kakak tahu sik biskut yang macam bunga cina, kami tengok biskut samprit colour pink cantik." kakak nak tau sik ini adik kamek yang buat tapi adik kami sik macam kamek", subahanallah... automatik hati saya tersentuh sangat apa yang adik intan cakap. kawan saya seorang cakap, kenapa intan cakap macam tu, intan cakap" iya la sebab kamek sik normal". kawan saya cakap kepada intan sik la intan kita tidak ada beza kita sama dan intan ada kelebihan dan istemewa. saya tidak terkata-kata lepas intan keluarkan kata-kata tersebut. dalam fikiran saya, adik intan tahu keadaan dia walaupun dia dalam kelainan keupaya. sepanjang saya menjadi pelajar khidmat sosial saya belajar untuk mengawal emosi kerana itu adalah salah satu etika kerja sosial. saya kurang pasti kategori kelainan adik intan tapi betdasarkan pemerhatian saya tingkah lakunya adik intan menghadapi Dyslexsia sebelum ini saya tidak pernah jumpa dyslexia seusia adik intan saya hanya jumpa dengan penghidap dyslexia yang masih usia kanak-kanak masih dalam pembelajaran dan pertumbuhan. dan ini kali pertama saya jumpa pengidap dyslexia yang saya tidak menyangka dia mengidap dyslexia pun kerana adik intan bijak berkomunikasi dalam bahasa dan penulisan  inggeris, pandai berkomunikasi, berbakat dalam melukis, dia tahu umur mak bapa dan adik beradik dia, tinggal di mana dan tanggungjawab dia sebagai anak dan seorang yang aktif bergerak. . adik intan buat saya berfikir seluas lautan tentang kehidupan. Allah itu maha adil,mencipta makluknya dengan adanya kelebihan dan kekurangan agar kita sebagai makluk saling melengkapi.

kadang-kadang saya kecewa dengan sikap masyarakat yang suka pingirkan gologan kelainan upaya ini sedangakan gologan ini sangat perlukan kita dalam kehidupan mereka. ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terhadap anak-anak yang menghadapi kelainan upaya ini kerana ibu bapa sangat dekat dengan anak-anak.


kesah ini hanya sekadar perkongsian yang saya lalui untuk kita sebagai masyarakat mengubah cara kita berfikir tentang golongan istemewa ini.






gambar di atas adalah salah satu hasil lukisan dan tulisan adik intan, adik intan sangat minat melukis kartun.

Sunday, 12 April 2015

Bismilllahirahmanirahim... 












 ~Alhamdulilah syukur kehidrat ilahi diberi kesempatan untuk ruang waktu ini update lagi blog yang sudah lama bersawang tidak dibuka oleh owner blog ni. kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar tahun akhir dengan menyiapkan Projek Tahun Akhir, Assingment, kelab Insya Allah, semoga Allah SWT permudahkan segala urusan di tahun akhir sebagai mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak, membuatkan kurang waktu untuk update. mohon doa sahabat-sahabat kalian untuk mendoakan kejayaan ku ya ^_^. tidak ramai follower it's okey but I believe mesti ada yang sudi-sudi baca blog yang banyak merapuh ni kan hehe.. kehidupan menjadi pelajar bukan semuda kata..tidak mudah  sekarang pelbagai saya harungi dan saya sangat bersyukur kerana dapat rasa pelbagai corak kehidupan sebagai pelajar yang merantau ke negeri orang untuk menimbah ilmu pengetahuan dan segulung ijazah. Insya Allah.. corak  kehidupan itulah yang mematangkan saya untuk terus kuat menerusakannya. di waktu-wakti ini soalan yang popular keluar dari mulut sahabat-sahabat UNIMAS "kau GOT ke?" Mashallah.. beratnya mahu jawab soalan itu.. diri ini hanya mampu jawab "Insya Allah, semoga Allah permudakan".. Banyak benda mahu kongsikan pada sahabat-sahabat semua ^^
~pertama mahu bagi tahu saya dan sahabat karib di UNIMAS iaitu buk Noey, buk liza dan buk garhana, Alhamdulilah.. persahabatan kami terjalin erat walaupun buk garhana tidak di sesi kami pada ketika ini tapi kami menggunakan medium moden untuk kami berempat dapat berhubung dan pertanya khabar.BTW saya rindu mahu kumpul ramai2 lagi.. buk garhana walaupun kau jauh dari kami, kami tetap sokong kau dan sayang kau ketat-ketat ya. sahabat dari kecil hingga sekarang chal, yalida dan juju tidak lupa dorang ni tau, kalau ingat waktu-waktu kecil pergi sekolah sama, main sama, ketawa sama, membesar tmpt yang sama, nangis sama buat saya keluar air mata pula. sekarang masing-masing dengan haluan masing-masing, yalida sudah berumahtangga dan alhamdulilah sekarang sudah masuk dua anak dia punya, juju kerja dekat labuan dan chal setia dengan berbakti kepada kedua ibu bapanya. saya ingat masa saya pertama kali dapat tawaran belajar di universiti kamu pernah cakap dengan saya " emut lepas ni mesti kami jarang jumpa kau dan kami malu mau bergaul sama kau" sedihnya saya dengar mcm mu jujur air mata saya dengar tapi tetap sado air mata tu sebab tidak mahu keadaan jadi sayu.  bagaimana saya untuk berkelakuan begitu pada sahabat-sahabat saya, saya bukan jenis orang yang macam itu sahabat, bagaimana kamu kenal saya pada mulanya macam itu lah juga saya sekarang mahu pun akan datang seperti yang kamu kenal. sahabat seperti kamu semua sukar dicari ganti. walaupun kita berlainan agama kita saling memahami dan hormat antara satu sama lain. malahan baru-baru ini pada waktu ulang tahun kelahiran saya salah seorang dari kamu bertiga bagi hadiah yang buat saya nangis, terharu dan tidak akan lupa apa yang kamu hadiahkan pada saya..pertama kali buka kotak hadiah tidak terkata hanya mampu keluar perkataan "subahanallah".. dalam kotak hadiah di isi tudung labu bidang 6o yang dihadiahkan sahabat saya yang beragama kristian, saya langsung tidak menyangka. terima kasih sahabat saya sayang kamu semua. walaupun kita berlainan agama tapi kita masih boleh bersahabat dan macam adik beradik. meski pun saya bertandang ke rumah mereka, mereka akan hidangkan air sirap dan berkata yang ini halal hehehe... mereka tahu halal dan haram untuk muslim, ketika musim sekolah apabila kawan lelaki mahu salam tangan dengan saya mereka dahulu yang cakap "er tidak boleh haram"  kepada kawan lelaki tersebut hehe.. itu lah makna persahabatan.. Alhamdulilah Ya Allah engkau beri nikmat persahabatan yang tidak terhingga ini.
~ semester ini saya diberi kesempatan untuk membuat fieldwork pratice di sebuah Pusat Pemulihan dalam Komuniti di kawasan kota samarahan. Alhamdulilah, banyak benda saya belajar berkaitan bagaimana untuk mendidik kanak-kanak, adik-adik, abang-abang dan kakak istemewa untuk advokasi. saya sangat tabik dengan sifat yang ada pada cikgu-cikgu yang mendidik golongan istemewa di sana, hati mereka sangat murni dan ikhlas bantu golongan istemewa ini. pertama kali fieldwork practice saya dan class mate yang sama tempat saya fieldwork kami berdua diberi taklimat dengan ketua PDK apa yang harus kami buat sepanjang kami fieldwork. apabila penyelia tersebut mengatakan peranan mereka di PDK adalah ikhlas ingin bantu golongan istemewa. semoga Allah SWT membalas budi baik cikgu-cikgu PDK. serius saya kata bukan mudah untuk mendidik golongan istemewa ini jika tidak ada ilmu dan kemahiran. pertama kali datang sana fieldwork practice, saya bantu dan perhatikan bagaimana cikgu-cikgu di sana berinteraksi dengan adik-adik istemewa tidak semudah yang disangka mereka sangat berilmu dam mahir dalam bidang ini. pada waktu petang saya dan class mate membantu cikgu-cikgu untuk ajar golongan istimewa dalam lingkungan 18 hingga 32 dalam 7 orang dan saya disuruh untuk ajar adik yang menghadapi masalah pembelajaran membuat soalan penyelesaian masalah untuk tambah. saya bagi soalan tiga angka tambah dua angka dan apabila saya bagi soalan tersebut adik tersebut balik-balik padam apa yang ditulis, saya pun tengok apa dia buat dan satu soalan dia tidak jawab lagi, salah seorang cikgu kata patutlah dia masih belum ditahap ini yati dia masih perlu soalan yang 1 angka saja. Astaqfirulilahal'azim, rasa bersalah sangat dengan adik itu, adik akak minta maaf ya.. dan saya pun bantu dia untuk selesaikan soalan itu dengan menggunakan kaedah kira menggunakan jari tangan.. Alhamdulilah adik tu boleh siapkan dengan membimbing adik tersebut. ketika tu rasa macam saya rasa terlalu bodoh sangat. saya tidak boleh samakan tahap mereka dengan orang lain diluar sana, timbul kesedaran pada diri untuk tetap set dalam minda jika kita sama mereka kita harus jadi mereka. Insya Allah.. lagi ada beberapa minggu lagi berbaki untuk menimbah ilmu di PDK, saya selesa sangat dengan cikgu-cikgu di sana, mereka baik dan tidak kedekut ilmu. saya enjoy dapat berkerjasama dengan mereka.
~ part ini mahu kongsi tentang pengalaman pergi kampung orang dekat sarawak ini yang boleh saya tapau dan simpan dalam peti memory saya. alhamdulilah.. saya diberi peluang untuk tahu budaya orang di sarawak. ketika buat assingment untuk subjek community works kami memilih kampung Buntal sebagai lokasi kajian kumpulan kami. terus terang pertama kali masuk kampung Buntal rasa sangat nyaman berada di sana dengan suasana kampung yang meriah berdekatan dengan pantai, berbilang kaum yang tinggal sana, orang-orang kampung Buntal pun mesra- mesra mudah saja kami dapat interview mereka. dan orang kuat bantu kami dalam misi comunity work adalah ayah iaitu orang kampung Buntal kami panggil ayah. ayah yang bawa kami pergi pusing kampung jalan kaki tengok suasana kampung dan bawa kami jumpa orang kampung untuk interview. sangat terhutang budi dengan ayah.. terima kasih ayah dan keluarga. kampung seterusnya, kampung tebeluk, sangat teruja okey masa mahu pergi tebeluk tapi risau juga takut dalam kereta mabuk tapi alhamdulilah.. saya tidak mabuk mungkin disebabkan dalam kereta tu ada tukang nyanyi buk lindsay hehe.. saya pun join dia nyanyi tapi dia lagi hebat sepanjang jalan cakap saja hahaha.. btw teruja naik ferri ya lepas tu tambah dengan suasana hari raya haji esok pagi rasa macam betul-betul balik kampung mau raya hehe.. malam sampai kitaran pukul 9 dan kami disambut keluarga kak eda kakak sepupu buk liza, lepas solat isyak dan makan malam, kami sekawan syu, fatin, lindsay, noey, dan liza pergi tolong tngok saja ya kakak, kak eda tengah buat persediaan untuk makanan raya haji esok, mahu tolong tapi semuanya sudah siap, last-last kena suruh makan lagi hahaha.. rasa kau makan saja kerja hehe.. lepas tu semua sedia untuk istirehat dan bangun pagi solat subuh, masing-masing busy iron baju kurung dan bersiap untuk pergi solat raya haji dekat masjid. masjid sebelah rumah saja okey hehe.. wah! sangat ramai datang solat raya haji kampung Tebeluk dan mesra-mesra orang-orang sana. suasana kampung Tebeluk mengingatkan pada kampung halaman ku kampung sapong. lepas solat raya pergi tengok korban lembuh. betul-betul meriah dan petang tu kami semua berangkat balik kota samarahan.. Alhamdulilah pengalaman yang tidak dapat di cari ganti, terima kasih kepada keluarga buk liza sudi terima kami perantauan merasa raya di tempat orang. 


~ syukran sudi baca, mohon maaf jika terdapat perkataan saya yang tidak sesuai, mohon maafkan ya ^_^

ikhlas perkongsian dari hamba yang masih memperbaiki diri ^_^ 

" Jom sama-sama perbaiki diri, saya pun masih belajar"