Sunday, 19 October 2014

Assalammualaikum & Salam sejatera ^_^


hati saya tiba rindu sakan mahu update blog. Minggu ini minggu cuti untuk pelajar IPTA (cuti semester break untuk mid-term) cuti semester ini rasa lain sikit tak ada pun rasa dihati mahu pergi mana hanya mahu duduk bilik polah FYP tapi sik boleh juga kan kena pergi CAIS (lebry) dan paling sedih mood malas lebih menguasai diri kalau melayan ni MALAS. semoga saya cepat-cepat bangkit dari kemalasan diri yang bikin saya sendiri susah nanti. Projek Tahun Akhir dan tugasan-tugasan lain sedang dalam proses membuat. risau sangat untuk semester ini sik tahu kamek kenak? mungkin takut tidak dapat mengurus masa dengan baik. harap saya terus berusaha untuk dapatkan kembali diri ku yang dulu yang rajin dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja... Serius rindu Herdayati yang form 6. saya mesti terus berusaha dan sentiasa ingat tujuan utama saya.



sedih saja statement saya di atas kan? nevermind...

okey, cukup kat atas ni saja statement yang sedih, ya... berita baik mahu kongsi... akhirnya saya dapat anak buah perempuan..Alhamdulilah... orang paling happy mestilah abang dan kak iparkan tapi saya tengok mama yang terlalu teruja dan sangat-sangat bersyukur atas nikmat ALLAH SWT beri kepada kami semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah ya sayang. rindu dengan anak buah ku yang lain juga hazriq. ussin. afzal, rezmie dan adik..mummy rindu kamu dan sayang kamu. saya juga hari-hari rindu mama dan saya lah anak mak!!!... saya tidak pernah malu kalau orang mahu cakap saya anak mak sebab? ALLAH SWT anugerahkan saya seorang isan yang sangat berharga dalam hidup saya. Alhamdulilah.. syukuran yarobb...

perenggan ni saya mahu cakap pasal persepsi orang sekeliling ku yang masih dalam kepompong rama-rama. kenapa? baiklah pembaca-baca sekelian...  saya mahu bagitahu muslimah yang pakai tudung bidang 50 0r 60 bukan semuanya ustazah tapi mereka-mereka ini risau dan jaga aurat mereka kerana ALLAH SWT.. tidak semestinya pakai tudung besar sikit itu USTAZAH. hamba sendiri laluinya.. Alhamdulilah bersyukur sangat dapat berhijarah, ALLAH SWT anugerahkan nikmat petunjuk perperingkat-peringkat. sejuk saja hati bila sudah berhijarah ke tudung-tudung bidang 50 ni tidak bila pakai tudung bidang bawah 50 rasa tidak selesa mahu keluar macam ada yang tidak kena saja. bila sudah pakai tudung besar dan pakai sarung kaki, mulalah cakap sindiran bermula.. "wah ustazah sudah kau?" ehh " anak kau belajar ustazah ka?" ermmm..bukan ustazah pun boleh pakai tudung besarlah mak cik, pak cik.. JOM UBAH CARA KITA BERFIKIR!!!

sama ertinya dengan apa yang saya maksudkan di bwah.

Manusia siapa kata  tidak boleh berubah, cuba experiment pertama kalau tidak percaya...
1. Solat


Kalau anda tidak solat cukup lima waktu, usaha untuk amal tidak tinggalkan salah 1 waktu solat. Teruskan dan lama-lama hati kita akan takut untuk tinggal solat dan elak dri tinggalkan solat dan ikhlas melakukan ibadat solat.


2. Pemakaian(wanita)

Jika anda seorang yg tidak tutup aurat, cuba anda pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna untuk 1 minggu dan selepas 1 minggu anda buka mesti anda rasa lain. So? teruskan!!!


~ perkara di atas adalah wajib!!! Wlpn sya ckp experiment lama2 perbuatan yg kita tinggal, jika diamal akan menjadi aktiviti wajib kita drpd seseorang itu tidak cuba untuk berubah. Insya Allah.. kita akan ikhlas lakukan kerana ALLAH SWT... 




Ikhlas
hamba ALLAH SWT yang masih perbaiki diri..
 

Friday, 22 August 2014



Assalamualaikum dan salam sejatera…
Time to update ~ mood cuti memanjang ^_^

220g0s 2014~ hati rakyat Malaysia begitu hiba dengan ketibaan jenazah-jenazah mangsa trageds oleh pesawat MH17. walaupun  bukan dari keluarga mangsa perasaan sedih turut dirasai, diharap keluarga mangsa kuat menghadapi ketentuan ini. tidak lupa juga pada pesawat MH370 yang kini masih belum ada perkhabaran dan sentiasa lah kita iringi mereka dengan al-fatihah. mendoakan agar Negara kita Malaysia sentiasa dalam kedamaian, sesungguhnya kita juga akan kembali kepada pencipta.
innalillahiwainnailaihirojiun...

Pejam, celik, pejam, celik cuti semester hampir melabuhkan tirainya pula, huh!! Secara jujurnya saya paling tidak suka perasaan ini timbul tapi saya harus laluinya juga. Kata-kata mama sangat menyentuh hati saya hari ini, Ya Allah..walaupun besar-besar begini saya sukar untuk berpisah dengan mama, mahu cakap anak manja, tidak juga terlalu manja, mahu cakap tidak boleh brdikari tapi saya berjaya bedikari selama 2 tahun di Sarawak, ini kerana mama lah insan yang sentiasa disisi saya dikala susah dan senang, pemberi sokongan, memahami saya dan penyayang, Positif-positif please, saya akan ambil perasaan ini sebagai pendorong untk saya lebih berusha mencapai impian, Insya Allah. syawal juga hampir ke penghujungnya, rasanya masih sempat saya untuk ucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.. Insya Allah, pejam. Celik, pejam, celik juga tidak terasa saya akan jadi pelajar tahun3 dan ini bermaksud tanggungjawab semakin besar harus saya pikul sebagai seorang mahasiswi. Kalau sudah cuti mood cuti pun menguasai diri, memang sukar untuk lawan dan TAPI saya harus lawan mood cuti untuk cari jurnal-jurnal dan buku yang berkaitan tentang tajuk yang telah saya decide untuk buat proposal PTA harap penyelia terima. Semoga semua perancagan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.

Kerinduan mula terasa dan dirasai kami semua anggota keluarga, terasa kehilangan seorang nenek tercinta, raya tahun ini kami sambut dengan sederhana kerana masing-masing rasa kehilangan. Pemergian nenek tercinta mengajar saya untuk lebih menyukuri nikmat Allah SWT dan menghargai orang di sekeliling dan Alhamdulilah Allah SWT telah menganugerakan hidayah kepada hamba-hambanya. Arwah nenek seorang yang penyayang, walaupun dalam ketegasannya, arwah nenek seorang yang penyayang terhadap anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan orang di sekelilingnya. Saya terlalu merindui arwah nenek dan sesungguhnya meratapi pemergian orang tersayang tidak elok dan gantikan  kerinduan itu dengan doa dan sedekahkan Al- fatihah. Insya Allah, kerinduan terhadap orang yang telah menghadap ilahi ia memohon untuk kita doakan dan sedekahka Al-fatihah kepadanya. Sesungguhnya kita juga tidak terlepas untuk berhadapan dengan kematian bila-bila masa, tidak kira tua dan muda. Selagi kita diberi kesempatan, carilah amal di dunia untuk bekalan ahirat, peringatan untuk diri saya juga. Insya Allah…

pada kali saya tergerak mahu kongsikan sedikit pengalaman masuk IPTA, memandangkan keputusan UPU sudah keluar.

Tahniah dan congratulation kepada adik-adik yang berjaya menjejak kaki ke IPTA dan kepada adik-adik yang tidak berjaya dalam UPU jangan putus asa tekan butang RAYUAN dan sentiasa positif semuanya ada hikmah disebalik kejadian. Rezeki tidak akan putus selagi kita usaha. Kepada adik-adik yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, sedikit perkongsian pengalaman saya dan Insay Allah dapat membantu adik-adik sedikit. Memang banyak hal yang harus difikir dan akan dilakukan dan pelbagai perkara yang sukar untuk kita laksanakan anataranya..  Pertama kali dapat tawaran belajar ke IPTA (UINIMAS) perasaan masa itu sukar untuk diperkatakan yalah siapa tidak mahu masuk IPTA kan, impian dari rajah 1 kot hehe.. tapi bila tengok yuran pengajian ketika mula masuk memang fikir-fikir tidak tidur juga, saya bukanlah dari keluaga senang tapi alhamduliah makan dan pakai kami cukup tapi itu zaman saya dan adik lelaki bongsu, kalau becerita dengan abang-abang dan kakak-kakak kami mereka akan cakap “bagus sekarang kamu dua sekarang apa kamu mahu semua ada, dulu kami susah mahu dapat”. Buka juga minda ni untuk terus bersyukur. Dan sambung cerita untuk yuran pengajian untuk permulaan memang mahu guna duit yang banyak dan dalam hati masa itu, redha dengan apa jua keputusan. Keluarga saya tidak akan pernah membiarkan saya begitu saja dan alhamdulilah setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, saya berjaya untuk tekan butang sambung belajar hasil usaha ahli keluarga saya dan izin Allah SWT. Kepada adik-adik jangan cepat putus asa jika mempunyai masalah yang sama kerana selagi kita usaha kita akan dapat penyelesaiannya. Insya Allah…
Seterusya, berkaitan kursus yang bakal saya ambil, memang ketika itu saya langsung tidak tahu apa itu WA23 Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian Kajian Khidmat Sosial??? Alhamdulilah keluarga saya tidak menghalang dan yakin dengan pilihan yang saya buat. Ketika ditahap ini pelbagai pendapat orang-orang yang cedik pandai sekeliling saya bagi pendapat dan perkongsian, ada dorongan yang positif, negatif dan positif dalam merendahkan semangat pun ada. Macam-macam… kata-kata dan nasihat yang saya ingat sampai sekarang yang positif dalam merosakkan semangat yang berbunyi ‘ SAINS SOSIAL NI KEBANYAKAN PELAJARNYE KEJUTAN BUDAYA, SUKA BERLAGAK DAN SUKA BERGAUL TERLALU SOSIAL. PANDAI2 LAH YE JAGA DIRI” huh!!! beginilah orang yang selalu kata dirinya bijak pandai tapi sebaliknya.. Untuk yang pertama kali macam saya ni memanglah akan takut juga. Bila sudah sampai dan sendiri laluinya, kata-kata tu langsung tidak sama.. erm…moral of value disini kepada adik-adik jangan dulu buat andaian yang buruk. yakinkan ibu bapa kita yang kita boleh ambil dan course yang kita dapat. apa yang boleh saya katakan Lihat dan rasai sendiri. Mengenai jaga diri itu sangat penting terutama perempuan. Mesti kena pandai jaga diri dan pergaulan supaya kita tidaklah dikatakan kejutan budaya ya.. ^_^

 Masalah yang paling sukar untuk saya sendiri hilangkan iaitu sukar berpisah dengan keluarga. Sebelum ini saya tidak pernah jauh dari keluarga tapi saya positifkan diri kerana peluang ini datang sekali. saya teringat kata-kata cikgu BM tingkatan 5 yang berkata "anak yang menangis dan minta untuk diambil pulang kerana tidak boleh berjauhan dengan ibu bapanya bukan lah anak yang ingin bahagiakan ibu bapanya tetapi menyusahkan ibu bapanya lagi" Alhamdulilah… saya berjaya untuk datang Sarawak tanpa keluarga dan berdikari sendiri di tempat orang. Memanglah untuk first and two weeks perasaan sedih itu ada tapi bila pensyarah sudah bagi tugasan perasaan rindu itu berganti risau dan semangat mahu siapkan tugasan tepat waktunya. Apa-apa pun jauh mana pun kita keluarga jangan lupa sebutlah mereka sentiasa dalam doa. Insya Allah kita akan rasa dekat dengan keluarga walaupun mereka jauh.
Wow!!! Panjang lebar juga saya membebelkan, harap pengkongsian ini berguna untuk adik-adik yang bakal ke IPTA.. selamat maju jaya bersama-sama ^_^ mohon maaf jika tulisan saya ada menyinggung perasaan pembaca, sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari diri ini sang manusia.

Doaku bersama rakyat Gaza.

Ikhlas,
Hamba yang masih perbaiki diri,

Sunday, 11 May 2014

Assalamualaikum & salam ukwah ^_^

Bulan Rahmadhan semakin hampir dengan kita, Insya Allah...

Minggu ini sangat sibuk menyiapkan Assingment, semangat sangat mahu habiskan tugasan. lagi tinggal 2 minggu kuliah akan melabuhkan tirai untuk semester 4. lepas tu final exam... Insha Allah... minggu ini juga alhamdulilah saya menyempatkan diri untuk mengikuti krusus induksi kesukarelawan. pengisian sepanjang krusus sangat manfaat untuk diri saya untuk mengetahui dan menambah pengalaman tentang kesukarelawanan. krusus ini juga berkait rapat dengan program yang saya ambil sekarang social work studies. dalam mengikuti krusus iduksi kesukrelawan saya tertarik sangat dengan Islamic Relief Malaysia yang membantu orang ramai tidak mengira agama, bangsa dan tempat dalam dan luar Negara. mereka membantu orang ramai dengan ikhlas. Insha Allah saya akan aplikasikan apa yang saya pelajari dalam krusus tersebut dalam kehidupan harian saya.

Hari ini juga Hari Ibu. ada sesetengah rakan FB yang mengatakan Islam tidak boleh sambut hari ibu. bailklah, saya tidak tahu sesahihanya, saya mohon dan mengaluh-aluhkan pendapat dan pencerahan dari sahabat yang tahu.

 walaupun demikian, pada saya hari-hari adalah hari ibu bagi saya, setiap hari saya call mama saya dan ucapkan terima kasih ^_^ ucapan hari ibu bagi saya adalah untuk menghargai mama-mama saya dengan ikhlas hati dan tidak ada niat yang lain. Insha Allah jika niat kita betul dan ikhlas untuk ucap hari Ibu, iya tidak salah sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui dan doakan untuk ibu bapa kita. Sesungguhnya seorang ibu itu harus dihargai setiap hari kerana pengorbanannya kepada anak-anak sangat tinggi.

To Mama & Mama ~ Terima kasih kerana melahirkan saya. terima kasih mama kerana telah besarkan saya dan adik beradik yang lain tanpa membeza-bezakan kami, kami tidak pernah kurang kasih sayang daripada mama, dengan didikan mu saya mengenal erti tabah. mama sentiasa dalam doaku dan ingatan. kami sayang mama dunia & akhirat. Insha Allah.. saya bersyukur sangat mengenali dua wanita yang bergelar Mama padaku <3 <3 <3




Ikhlas dari hamba yang masih memperbaiki diri ^_^

Monday, 7 April 2014

Assalamualaikum & Salam ukhwa ^_^

Salam Zohor...

Cuti Mid-term, ramai kawan-kawan tanya tak balik kah cuti mid-term? saya jawab sik kamik balid bah cuti seminggu jak hehehe... saya sudah biasa tidak balik cuti mid-term, cuti seminggu saja kalu dapat balik memang sukar untuk saya datang balik UNIMAS sebab tidak puas sangat cuti dan kalau dihitung-hitungkan cuti dengan harga tiket kapal terbang memang tidak berbaloi. mama pun faham juga. mahu ikutkan hati memang mahu balik tapi saya harus tahan hati dan terus positif kan diri tinggal setahun cik sayang Herdayati, lepas tu kau tak rasa lagi perasaan sebagai seorang pelajar di perantauan dan lepas habis belajar tak tahu lagi bila dapat datang Sarawak. 

hehehe... bukan lah tujuan saya nak cerita tentang cuti Mid-term sebenarnaya, tujuan nak kongsi sikit benda penting kepada kawan-kawan yang sudi membaca blog hamba yang tak seberapa ni.

CINTA?

sungguh subjektif tajuk kan? sejak dua menjak ni banyak terbaca post-post cinta, berita pasal cinta, & artikel cinta. sedikit sebanyak memberi input yang positif kepada diri saya untuk musabah diri.

Cinta sungguh banyak
- Cinta kepada ALLAH SWT (utama & Wajib)
-Cinta Ilmu ALLAH (Al-QURAN)
- Cinta kepada Ibu Bapa
- Cinta pada keluarga (adik-beradik & saudara mara)
- Cinta kepada Suami
- Cinta kepada anak-anak
-Cinta kepada haiwan peliharaan @ haiwan-haiwan
- Cinta kepada sahabat-Sahabat
*mohon maaf jika ada CINTA yang sepatutnya baik tidak tersenarai ^_^

tapi... Mana Cinta kepada special Boyfrend & girlfrend?- sik da@tidak ada bah@ No!!!!

kepada pembaca saya mohon maaf jika ketika membaca ini tersinggung hati anda, tapi saya lagi tidak sanggup lihat Ibu Bapa kita bila tahu anak-anaknya seperti yang tidak disangka. adik-adik, kawan-kawan dan sewaktu dengannya, jika anda rasa anda masih tanggungan Ibu Bapa anda dan masih ada tanggungjawab kepada Ibu Bapa yang masih belum selesai( masih bersekolah) jangan nak sibuk-sibuk cari CINTA kesihan Ibu Bapa kita. perasaan cinta memang sukar untuk dijangka bila tibanya tapi tahan lah hati untuk kebaikan dan kebahagaian Ibu Bapa kita. takut tak dapat jodoh? jangan risau ALLAH sudah carikan untuk kita tinggal kita usaha lagi tapi biarlah kena waktu yang sesuai. apabila membaca berita online tentang cinta pagi ini di laman sosial sungguh saya terfikir Ibu Bapa pelajar tersebut. saya kesian juga pada diri pelajar tersebut kerana cinta telah membutakannya sehingga mengetepikan Ibu Bapa. tegaskan kepada kaum hawa, jaga maruah kita sebagai kaun hawa, saya tidak layak untuk cakap panjang lebar tentang CINTA, saya tinggalkan blog penulis Hilal Asraf dan berita untuk menambah ilmu dan Musabah diri.


Kunjungi~

Mahalkan Dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.


Anak sulung daripada empat orang adik beradik. Pendidikan awal di Tadika Iman, seterusnya sekolah rendah di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor dan menyambung pengajian menengah di Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis. Merupakan graduan University of Yarmouk, dalam bidang Usuluddin. Kini bekerja di syarikat sendiri - LangitIman Resources.


Jatuh cinta. Memang hangat. Saya akui kerana saya pernah lalui. Kadangkala sukar untuk kita berfikiran waras ketika mengharunginya. Kita lebih suka mengikut jiwa dan perasaan, berbanding akal yang dikurniakan olehNya.
Namun alhamdulillah, satu perkara yang saya syukuri dalam kehidupan saya adalah proses dakwah dan tarbiyah yang berjalan. Proses ini memberikan kesedaran, membuatkan saya faham bahawa cinta itu bukan yang utama di dalam kehidupan. Ada yang lebih utama.
Hari ini, begitu juga dengan hari-hari semalam, dan tidak saya terkejut jika hari-hari ke hadapan, remaja dan pemuda-pemudi teruja dengan cinta. Asyik.  Mainan perasaan menjadikan diri ketagih akan perhatian insan yang didambakan. Kadangkala sibuk kita dengan 1001 ciri perempuan lelaki idaman, buat diri sibuk bertanya: “Diakah jodoh aku? Diakah jodoh aku?” Hingga segala kebetulan seakabn-akan merupakan ‘petanda daripada Tuhan’.
Ini melemahkan.
Dan saya menyeru pemuda dan pemudi, dari lohong ini, diri itu dikeluarkan.

Cinta Perlu Difahami Sedari Awal.
Saya amat menegaskan betapa cinta dan kefahaman akannya perlulah dididik di dalam jiwa remaja semenjak awal. Bukan untuk menyuruh mereka kahwin awal, tetapi adalah supaya mereka tidak mengambil definisi cinta, cara-cara bercinta, daripada sumber yang rosak, yang wujud di kiri dan kanan mereka kala proses pendewasaan.
Hari ini, definisi cinta dan cara bercinta, diambil secara tidak langsung tanpa disedari, daripada filem-filem, drama-drama, novel-novel pop dan sebagainya. Membuatkan secara tidak langsungnya, apabila disebut cinta, atau apabila jiwa diserang perasaan cinta, automatik mereka akan melaksanakan sebagaimana yang mereka tahu dan faham melalui sumber-sumber yang sedemikian.
Justeru saya menegaskan agar kita punya silibus berkenaan cinta, perkahwinan dan rumahtangga semenjak tingkatan satu lagi, agar remaja kita tidak membesar dengan definisi cinta yang tidak syara’, lantas mengimplimentasikannya dengan cara yang tidak benar.
Cinta yang silap inilah yang membuatkan manusia apabila bercinta, menjadi tidak keruan. Kerana disangkanya cara untuk menyampaikan rasa cinta kepada orang yang dicintai mestilah dengan ayat-ayat asmara yang berbunga-bunga, dengan perkataan cinta dan sayang. Cinta mestilah keluar bersama-sama, berdua-duaan, berpegangan tangan, bersentuhan. Bahkan, wujud tafsiran cinta pada hari ini mestilah dibuktikan dengan seks, dan dikatakan itulah kemuncak cinta.
Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Tambah zaman laman sosial hari ini. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’.
Bagi yang ‘Islamik’ sedikit, walaupun mungkin tidak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Belum dikira dengan sibuknya kita nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.
Ini melemahkan.

Memahalkan Diri.
Manusia ini kalau tidak punya apa-apa, tidak berhargalah ia.
Maka sepatutnya, pada usia masih muda ini, kita sibukkan diri dengan mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam diri kita agar kita menjadi berharga. Mahal. Semestinya ‘apa-apa’ itu adalah perkara-perkara yang bermanfaat dan berharga juga. Kalau diisi dengan sampah, maka sampahlah kita.
Berapa banyak buku telah kita telaah?
Berapa banyak program pemantapan minda dan peribadi yang telah kita hadiri?
Dalam lautan ilmu itu pula, setelah mendapat kefahaman akannya, berapa banyak pula yang kita implemenkan dalam kehidupan kita?
Apakah kita ini cakna isu semasa?
Pandaikah kita menguruskan wang?
Bijakkah kita dalam meneruskan survival hidup?
Sudahkah kita memulakan perjalanan untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak nanti?
Sudakah kita memulakan usaha membina diri agar mampu menjadi suami dan isteri yang baik kepada pasangan kita nanti?
Persoalan-persoalan ini sepatutnya bermain di dalam minda kita. Menjadikan diri kita mahal. Bukan sibuk dengan – Apakah dia jodoh aku? Apakah dia jodoh aku? Inikah petandanya dia jodoh aku? Apakah mimpi aku semalam merupakan satu petunjuk? Apakah dia bakal imamku? Apakah dia bakal makmumku? Macam mana hendak melamar? Macam mana nak hadapi lamaran seseorang? –  terlebih dahulu.
Kita di dalam pengajian akademik kita, kita punya tahapan. Maka begitulah kita dalam proses percintaan. Dalam hendak mendirikan rumahtangga. Kita bukan terus skip kepada “Bagaimana hendak melamar dan menerima lamaran.”
Kerana itu, saya bersetuju dengan pendapat Ustaz Hasrizal di dalam salah sebuah status Facebook beliau apabila beliau berkata bahawa beliau lebih senang jika kita berikan peluang diri kita ‘membesar’. Mengembara melihat dunia, menambah ilmu dan mematangkan jiwa, sebelum kita sibukkan diri dalam kancah cinta.
Ini tidak. Semenjak sekolah menengah sudah mula sibuk dengan cinta. Sibuk dengan frasa bakal imamku, bakal makmumku. Kala berusia mahasiswa yang sepatutnya kita teguk pengalaman untuk menjadi pemimpin dan membina ummah, mempersiapkan diri untuk menjadi yang bermakna buat masyarakat, kita sibuk dengan asmara dan fantasi rumahtangga. Persediaan entah ke mana.
Kemudian kata hendak berumahtangga, hendak membawa pasangan ke syurga?
Bagaimana hendak ke syurga kalau diri itu tidak punya apa-apa persediaan ke arahnya?

Duduk, Dan Timbalah Pengalaman.
Tenangkanlah jiwa. Bebaskanlah  diri dari segala filem, drama dan novel-novel cinta yang membuatkan kita sibuk untuk menjadi sepertinya. Lihat semula diri, dan tanya apa matlamat untuk berada di atas muka bumi. Lihat sebentar kepada rumahtangga, dan selami realitinya. Rumahtangga itu bukannya syurga secara muktamadnya. Rumahtangga hanya akan menjadi syurga, jika kita bergerak mempersiapkan diri kita. Jika tidak, rumahtangga boleh menjadi neraka buat kita.
Rumahtangga punya 1001 tanggungjawab. Rumahtangga bukan hanya kisah dua orang berkasih sayang menjalin hubungan asmara. Rumahtangga adalah asas kepada ummah!
Dan Allah telah copkan tanggungjawab yang besar di dalamnya:
“Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari siksa api neraka.” Surah At-Tahrim ayat 6.
Maka mengapa tergesa-gesa dengan perasaan. Hidupkan minda kita. Imbangi perasaan itu. Bergerak persiapkan diri.
Duduklah sebentar, menimba pengalaman. Daripada sekeliling, daripada orang-orang yang telah mendahului kita, daripada orang-orang yang lebih tua, daripada kitab-kitab agama dan penyampaian-penyampaian berkenaan rumahtangga.
Bukan kita terjah dahulu alam cinta, kemudian baru mencari itu semua.
Kita ada matlamat hidup yang lebih besar daripada cinta.

Penutup: Mahalkanlah dirimu. Jangan Mudah Jatuh Cinta.
Jadilah manusia yang mempunyai kesedaran. Yang bukan sibuk dengan mainan perasaan.
Kadangkala bila kita sibuk dengan mainan perasaan, maka ‘disakat’ sedikit, jiwa sudah gelabah. ‘Diuji’ sedikit, kita telah rebah. Sedangkan ummah memerlukan kita untuk kuat dan gagah. Agar kita mampu menggerakkan ummah ini ke hadapan, bukan ke belakang.
Kita perlu ingat, selepas berumahtangga, akan masih ada kerja-kerja. Bukannya terus mati dan masuk ke syurga. Bukan.
Maka kita perlukan susuk tubuh yang kuat untuk menompang tanggungjawab ini.
Dan itu tidak akan kita perolehi dengan sibuk berperasaan semata-mata.
Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.
Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.
Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.
Marilah, mahalkan diri kita.
Jadilah hambaNya yang berguna.



http://suarainsan.net/pelajar-ipta-sanggup-kahwin-dengan-teman-lelaki-pengedar-dadah/?fb_action_ids=605527019541123&fb_action_types=og.likes - berita


Ikhlas,
hamba yang masih memperbaiki diri ^_^



Thursday, 13 March 2014

Assalammualaikum...

 lama juga tak update, untuk semester 4 saya sudah mula memahami apa itu course Social Work dan saya mula jatuh cinta dengan course Social Work hehehe.. semester 4? macam tidak percaya pula lagi 2 semester untuk saya bergelar "graduation" Insya ALLAH...

Aurat dan berubah

 umur semakin meningkat, cabaran hidup juga berbeza-beza, membuatkan diri saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan dan amalan sebagai hamba ALLAH SWT.  Insya ALLAH akan saya perbaiki diri dari semasa ke semasa untuk mendapat redha ALLAH. tidak ada istilah terlambat dalam Islam untuk berubah menjadi umat yang soleh dan solehah. ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hambanya berubah menjadi yang baik. sebagai wanita saya sangat suka melihat hamba ALLAH yang memakai niqap/ purda. saya yakin mereka ikhlas melakukannya kerana ALLAH SWT, untuk kearah itu memang ada tapibiarlah saya betul-betul bersedia dan sesuai dengan keadaan persekitaran saya, perlahan-lahan perbaiki luar dan dalam (peribadi) saya agar lebih indah. cerita tentang aurat wanita, saya tertarik dengan status sahabat dekat laman sosial facebook yang menciri-cirikan cara menutup aurat wanita dengan betul dan saya terbaca pada ruang comment yang mengatakan "untuk menjadi wanita harus kelihatan mengoda jika tidak bagaimana untuk dapat pasangan". Subhanallah... sedihya baca comment macam itu, sebagai wanita saya turut rasa malu kerana yang comment sebegitu adalah wanita.- walaupun saya bukanlah hamba ALLAH yang sempurna saya masih tahu batas-batas berpakaian dan pergaulan dengan lain jantina. saya masih perbaiki diri. tidak perlu kelihatan mengoda depan lelaki dengan pakaian yang kita pakai. lelaki yang baik (soleh) tidak pandang itu semua mereka akan tertarik pada wanita yang akhlaknya baik tidak perlu kelihatan mengoda dari segi fizikal biarla seseorang lelaki tertarik kepada wanita kerana akhlak dan peribadinya.

sebagai wanita tidak lari dari naluri untuk membina rumah tangga dengan seseorang hamba ALLAH yang soleh, yang dapat membimbing kita dan keturunan ke jalan ALLAH. sebagai pelajar Social Work saya sedikit sebanyak mempelajari tentang etika untuk berhadapan dengan klien. antaranya saya kaitkankan dengan isu yang saya katakan diatas dengan "Judge" kita tidak layak untuk menghakimi seseorang itu dengan masa lalunya, saya pernah berbicara dengan seorang sahabat tentang isu ini, sahabat tersebut mengatakan " nak tak lelaki soleh dengan wanita yang baru nak berubah? Allahualam... saya juga berfikiran sedemikian tapi saya yakin jika kita ikhlas untuk berubah ke arah kebaikan kerana ALLAH, Insya ALLAH... pasti ada hamba ALLAH yang menghargainya dan tidak melihat masa lalunya dan menerima apa jua kekurangan yang ada pada diri seseorang.

Surat an-nur ayat 26, Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula).
AnNur ayat 26

sama-sama  perbaiki akhlak dan peribadi kita agar diredhai ALLAH SWT... InsyaALLAH


ikhlas,
Hamba ALLAH yang masih memperbaiki diri ^.^