Bulan Rahmadhan semakin hampir dengan kita, Insya Allah...
Minggu ini sangat sibuk menyiapkan Assingment, semangat sangat mahu habiskan tugasan. lagi tinggal 2 minggu kuliah akan melabuhkan tirai untuk semester 4. lepas tu final exam... Insha Allah... minggu ini juga alhamdulilah saya menyempatkan diri untuk mengikuti krusus induksi kesukarelawan. pengisian sepanjang krusus sangat manfaat untuk diri saya untuk mengetahui dan menambah pengalaman tentang kesukarelawanan. krusus ini juga berkait rapat dengan program yang saya ambil sekarang social work studies. dalam mengikuti krusus iduksi kesukrelawan saya tertarik sangat dengan Islamic Relief Malaysia yang membantu orang ramai tidak mengira agama, bangsa dan tempat dalam dan luar Negara. mereka membantu orang ramai dengan ikhlas. Insha Allah saya akan aplikasikan apa yang saya pelajari dalam krusus tersebut dalam kehidupan harian saya.
Hari ini juga Hari Ibu. ada sesetengah rakan FB yang mengatakan Islam tidak boleh sambut hari ibu. bailklah, saya tidak tahu sesahihanya, saya mohon dan mengaluh-aluhkan pendapat dan pencerahan dari sahabat yang tahu.
walaupun demikian, pada saya hari-hari adalah hari ibu bagi saya, setiap hari saya call mama saya dan ucapkan terima kasih ^_^ ucapan hari ibu bagi saya adalah untuk menghargai mama-mama saya dengan ikhlas hati dan tidak ada niat yang lain. Insha Allah jika niat kita betul dan ikhlas untuk ucap hari Ibu, iya tidak salah sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui dan doakan untuk ibu bapa kita. Sesungguhnya seorang ibu itu harus dihargai setiap hari kerana pengorbanannya kepada anak-anak sangat tinggi.
To Mama & Mama ~ Terima kasih kerana melahirkan saya. terima kasih mama kerana telah besarkan saya dan adik beradik yang lain tanpa membeza-bezakan kami, kami tidak pernah kurang kasih sayang daripada mama, dengan didikan mu saya mengenal erti tabah. mama sentiasa dalam doaku dan ingatan. kami sayang mama dunia & akhirat. Insha Allah.. saya bersyukur sangat mengenali dua wanita yang bergelar Mama padaku <3 <3 <3
Ikhlas dari hamba yang masih memperbaiki diri ^_^



