Thursday, 24 October 2013

Assalamualikum...

minggu nie kampus busy dengan pilihan raya... dan hari ni selesaikan tanggunjawab untuk kuar mengundi walaupun hari ni tak ada kelas hehe... tak kesah siapa pun yang menang janji dapat jalankan tugas dengan amanah dan dapat selesaikan masalah yang dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi. apa-apa pun gud luck pada yang bertanding..:)

 minggu ni kena prepare banyak benda sebab minggu depan ada presentation debat untuk approaches to social inquiri dan exam for mid-term bahasa Melayu. kena chayok2...masalah untuk present di depan yang tak dapat diatasi nervouse.. kalau cerita pasal debat sya lah yg semangat tapi bila da kat depan huh! gementar sangat..abis kertas, macrofon pun ikut getar. In Sha ALLAH... kali ini saya cuba yang terbaik agar tak gementar... banyak da info dan petua sedang di pelajar untuk mengatasi masalah "Nervouse" ni hehe... saya kongsi sedikit sebanyak yang sya pelajari dari buku yang di tulis oleh Pof. Dr Muhaya Hj Mohamad yang berjudul "Celik mata Reset Minda" iaitu pertama sekali kena yakin pada diri, hilangkan sifat takut. ingat kembali niat utama yang kita lakukan. tak perlu fikir tentang apa yang orang fikir tentang kita semasa dihadapan. buang perkataan "kalau" kerana minda bertindak mengikut niat dan niat menunjukkan hasil kehidupan kita. perkara yang semestinya kena buat ketika gementar adalah tarik nafas kerana kita mengeluarkan hormon Endorpin. Endorpin ialah satu hormon penerima yang wujud dalam seluruh sel yang menyebabkan brain sinus (aliran udara di dalam otak) menjadi laju. kita akan lebih tenang dan hormon-hormon positif banyak melalui pernafasan yang baik. jom beli buku motivas supaya menambah ilmu. In Sha ALLAH jika kita yakin pasti menjadi.

rindu pada sahabat-sahabat di tingkatan 6... merindui mereka ... dapatkah lagi saya berpeluang untuk jumpa mereka?. baba, chal, juju dan yal kamu sahabat-sahabat dulu dan selamanya hehe..
















Tuesday, 15 October 2013

Assalamualaikum.... salam adil adha kepada umat islam. alhamdulilah sudah dua kali berhari raya adil adha di tempat orang. suasana sedih pun ada tapi kena pikir positif bukan selalu raya tempat orang. sem 1raya haji dekat kolej dalam bilik, sunyi xbuat apa...tapi sem nie tinggal luar rasa suasana raya, dapat makan sup daging korban dekat pusat islam UNIMAS hehe...dapat masak2 sup daging dekat rumah sewa dengan kwn2 hehehe... bila family call persaan sedih menjadi2 huhuhu.... tapi tak apa tak balik raya pun satu pengorbanan juga kan..satu jihat.. untuk tuntut ilmu...In Sha ALLAH...semoga perbuatan dan percakapan saya ikhlas.

dua minggu lagi cuti mid-term akan bermula..nato2 kena siap tulis sebelum mid-term...event sebelum cuti mid-term pun sudah ada exam.. kena chayok2 sdh azam sem ini kena tingkatkan pointer..In Sha ALLAH...saya tahu  family sentiasa doakan saya terutama mama yang tidak putus2 doakan yang terbaik untuk anak-anaknya... mama lah pembakar semangat untuk terus berusaha..

kepada kawanku siti aminah..saya sentiasa doakan kau.. moga ALLAH permudahkan urusanmu.. rindu masakannya... lepas ini tak ada lagi yang rajin masak kari-kari erm... hehe..amanah kau saya tetap jalankan iaitu mesti siram bunga kekwa dekat tangga setiap hari hehehe...






Bersama kawan-kawan ketika raya adil adha :)






smille :)~ kejayaan terletak pada diri sendiri~

Saturday, 12 October 2013

Alhamdulilah... hari banyak ilmu yang saya pelajari. tidak sia-sia ikut program "SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN" banyak ilmu yang dikongsi oleh tetamu jemputan dalam ceramah dan forum. sebagai pelajar kita layak untuk tahu hal-hal tentang ilmu perkahwinan. bukan orang yang hendak berkahwin sja harus tahu tapi secara peribadi saya rasa sebagai pelajar perlu tahu tentang hal-hal perkahwinan agar kita tahu apa cabaran yang harus dilalui jika berkahwin semasa belajar?, apa cabaran perkahwinan? banyak lagi soalan.... supaya kita tahu batas-batas kita. dalam program ini saya sangat tertarik pada pasangan tetamu jemputan yang mudah berkahwin... suami kahwin ketika umur 24 dan isteri, 23 tahun. ketika itu isterinya masih di tahun akhir dalam medic dan tentu banyak cabaran ketika itu, tapi mereka sabar dan kahwin kerana kahwin itu satu ibadat. tapi tujuannya bukan menyuruh mahasiswa itu kahwin ketika belajar tetapi tujuan utamanya ialah menyarankan perkahwinan yang halal bagi lelaki dan perempuan. ketika ini di zaman universiti inilah keinginan untuk mempunyai pasangan itu ada tetapi harus lah mengikut landasan islam. "couple" tidak ada dalam islam. oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik daripada melakukan dosa dengan bercouple.antara ciri-ciri wanita pilihan adalah wanita solehah 
.

ال النبي : الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة

Sabda Rasulullah SAW : "Dunia adalah bahan keseronokan, dan sebaik-baik keseronokan dunia adalah perempuan yang soleh" ( Hadith riwayat Muslim )  

Thursday, 10 October 2013

Jom Zikir


assalamualaikum.... jom zikir :)... In Sha ALLAH hati tenang..

Saturday, 5 October 2013

Assalamuaalaikum....minggu ini minggu yang sangat memenatkan banyak assingmenat kena submit minggu depan... so every week ada meeting assingment dekat lebry... bila da rasa tertekan buat assingment, hati sayu pula ingat family. saya kena kuatkan semangat!!!... ada lecture nie, saya pun tak sure ada kah apa yang dia cakap tu satu sindiran atau saranan?? huh! dia suruh kita beli ipad supaya mudah nak cari maklumat dekat internet dan senang bawa. saya kurang senag sikit akan saranan lecuture saya tu sebabnya bukan semua o rang senang banyak duit mahu beli ipad.. dia cakap senang lar guna duit PTPTN tapi orang macam saya tak mampu kot nak beli ipad guna PTPTN... itu pun kena jimat cermat guna duit PTPTN tak mahu susahkan keluarga. stress sangat2 bila perkataan tu balik-balik kena ulang. sebagai pelajar saya kena hadapi juga lecture macam ini... think positive lo..

FAMILY, mama im so miss u so much... itu lar yang saya hadapi sejak dekat U walaupun sudah 3 semester dekat U. normal la..hehehe.. sekarang ni saya kena manage time utk semua hal agar tidak lar saya pening2 nnt.

FRIEND, noi dan liza... mereka kawan yang baik dekat U... mereka lar sahabat Karib saya.. tpi kadang2 sukar kita mahu baca hati mereka, kadang-kadang sebagai kawan pun secara tidak sedar kita tak tahu perkataan dan perbuatan kita tu buat kawan kita tersinggung. the best way... jga perlakuan dan tingkah laku. mereka tak satu rumah dengan saya tapi noi dan liza satu bilik, maybe mereka lebih rapat... ada dua subjek saya tak sama dengan noi dan liza, ini membuatkan saya lebih berdikari. walaupun kami bersahabat baik persaingan sihat dalam pelajaran itu wujud, saya dapat rasakan. apa-apa pun kami bertiga tetap SAHABAT. :)

STUDY, alhamdulilah... setakat ini lecture yang diajar mudah faham, tapi ada some subjk nie kadang-kadang faham bila lecture ajar tpi bila lecture da tak ikut slide guna pendapat dia tiba-tiba kefahaman tu lari huh! susah nak terangkan macam mana, tapi In Sha ALLAH... lama-lama faham la tu klu ada biasa cara lecture tu ajar...paling penting sekarang nie urus masa degan betul...:)

LOVE, erm... kisah percintaan? hahahha..tak ada kot... im not ready to give commitemen. study dulu bah baru pikir pasal cinta-cinta tapi tipu lar kan di usia ini tak ada rasa untuk bercinta, setakat minat dan tengok-tengok dari jauh tu mungkin ada hehhe... teringat dekat lecture yang asyik ckp pasl ipad tadi dia nasihatkan kalau baju tu masih kena beli ibu bapa tak payah lar pikir nak cinta dulu hehe.. ada betulnya juga. kerja dulu balas budi ibu bapa... bak kata kawan saya nora " keinginan tu ada, tapi kena belajar dulu".. suka ayat kawan saya ni. As long as,  study dulu bah kasih bukti sama orang-orang yang pandang rendah sama kita yang kita ni boleh berjaya... bahagiakan dulu ibu bapa dan keluarga tercinta..nah kalau semua tu sudah selesai baru pikir pasal kahwin hehehe.. IN SHA ALLAH... normal lar tu kalau setakat minat kat someone hehehe...

~sama-sama kita amalkan...





12 Cara Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat



















12 Cara Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

12 Cara Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

on 17/03/13
 336  560

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.
2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.
3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.
4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.
5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.
6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.
7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.
8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.
9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.
10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.
11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.
12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/03/12-cara-mengatasi-rasa-malas-untuk.html#sthash.h7wVMBTj.dpuf