pada 17 april 2015, saya dan geng-geng assingment pergi fieldwork untuk interview respondent dapatkan maklumat. tanpa di duga kami di temui oleh adik yang pintar, cantik dan sopan, bertudung. adik datang berlari seperti terbang seakan burung dengan mengangakat kedua-dua tangannya mendekati kami segeng dan berkata hai kakak-kakak UNIMAS, how are you? my name is intan (bukan nama sebenar), im 19 years old, im form aliran sastera. kami pun kenalkan diri kami satu-satu. lepas tu adik intan cakap kakak-kakak tahu sik biskut yang macam bunga cina, kami tengok biskut samprit colour pink cantik." kakak nak tau sik ini adik kamek yang buat tapi adik kami sik macam kamek", subahanallah... automatik hati saya tersentuh sangat apa yang adik intan cakap. kawan saya seorang cakap, kenapa intan cakap macam tu, intan cakap" iya la sebab kamek sik normal". kawan saya cakap kepada intan sik la intan kita tidak ada beza kita sama dan intan ada kelebihan dan istemewa. saya tidak terkata-kata lepas intan keluarkan kata-kata tersebut. dalam fikiran saya, adik intan tahu keadaan dia walaupun dia dalam kelainan keupaya. sepanjang saya menjadi pelajar khidmat sosial saya belajar untuk mengawal emosi kerana itu adalah salah satu etika kerja sosial. saya kurang pasti kategori kelainan adik intan tapi betdasarkan pemerhatian saya tingkah lakunya adik intan menghadapi Dyslexsia sebelum ini saya tidak pernah jumpa dyslexia seusia adik intan saya hanya jumpa dengan penghidap dyslexia yang masih usia kanak-kanak masih dalam pembelajaran dan pertumbuhan. dan ini kali pertama saya jumpa pengidap dyslexia yang saya tidak menyangka dia mengidap dyslexia pun kerana adik intan bijak berkomunikasi dalam bahasa dan penulisan inggeris, pandai berkomunikasi, berbakat dalam melukis, dia tahu umur mak bapa dan adik beradik dia, tinggal di mana dan tanggungjawab dia sebagai anak dan seorang yang aktif bergerak. . adik intan buat saya berfikir seluas lautan tentang kehidupan. Allah itu maha adil,mencipta makluknya dengan adanya kelebihan dan kekurangan agar kita sebagai makluk saling melengkapi.
kadang-kadang saya kecewa dengan sikap masyarakat yang suka pingirkan gologan kelainan upaya ini sedangakan gologan ini sangat perlukan kita dalam kehidupan mereka. ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terhadap anak-anak yang menghadapi kelainan upaya ini kerana ibu bapa sangat dekat dengan anak-anak.
kesah ini hanya sekadar perkongsian yang saya lalui untuk kita sebagai masyarakat mengubah cara kita berfikir tentang golongan istemewa ini.

salam akak, sy lepasan matrik,sy ni cadang nk amik course ni,tgk akak punya blog mcm best..couse ni suasah tak?kalau tk keberatan, boleh tak terangkan dy punye subjek ..terima kasih
ReplyDelete