Alhamdulilah... hari banyak ilmu yang saya pelajari. tidak sia-sia ikut program "SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN" banyak ilmu yang dikongsi oleh tetamu jemputan dalam ceramah dan forum. sebagai pelajar kita layak untuk tahu hal-hal tentang ilmu perkahwinan. bukan orang yang hendak berkahwin sja harus tahu tapi secara peribadi saya rasa sebagai pelajar perlu tahu tentang hal-hal perkahwinan agar kita tahu apa cabaran yang harus dilalui jika berkahwin semasa belajar?, apa cabaran perkahwinan? banyak lagi soalan.... supaya kita tahu batas-batas kita. dalam program ini saya sangat tertarik pada pasangan tetamu jemputan yang mudah berkahwin... suami kahwin ketika umur 24 dan isteri, 23 tahun. ketika itu isterinya masih di tahun akhir dalam medic dan tentu banyak cabaran ketika itu, tapi mereka sabar dan kahwin kerana kahwin itu satu ibadat. tapi tujuannya bukan menyuruh mahasiswa itu kahwin ketika belajar tetapi tujuan utamanya ialah menyarankan perkahwinan yang halal bagi lelaki dan perempuan. ketika ini di zaman universiti inilah keinginan untuk mempunyai pasangan itu ada tetapi harus lah mengikut landasan islam. "couple" tidak ada dalam islam. oleh itu, perkahwinan adalah jalan terbaik daripada melakukan dosa dengan bercouple.antara ciri-ciri wanita pilihan adalah wanita solehah
.
ال النبي : الدنيا متاع وخير متاع الدنيا المرأة الصالحة
Sabda Rasulullah SAW : "Dunia adalah bahan keseronokan, dan sebaik-baik keseronokan dunia adalah perempuan yang soleh" ( Hadith riwayat Muslim )
No comments:
Post a Comment