Assalamualaikum
dan salam sejatera…
Time
to update ~ mood cuti memanjang ^_^
220g0s 2014~ hati rakyat Malaysia begitu hiba dengan ketibaan jenazah-jenazah mangsa trageds oleh pesawat MH17. walaupun bukan dari keluarga mangsa perasaan sedih turut dirasai, diharap keluarga mangsa kuat menghadapi ketentuan ini. tidak lupa juga pada pesawat MH370 yang kini masih belum ada perkhabaran dan sentiasa lah kita iringi mereka dengan al-fatihah. mendoakan agar Negara kita Malaysia sentiasa dalam kedamaian, sesungguhnya kita juga akan kembali kepada pencipta.
innalillahiwainnailaihirojiun...
Pejam,
celik, pejam, celik cuti semester hampir melabuhkan tirainya pula, huh!! Secara
jujurnya saya paling tidak suka perasaan ini timbul tapi saya harus laluinya
juga. Kata-kata mama sangat menyentuh hati saya hari ini, Ya Allah..walaupun
besar-besar begini saya sukar untuk berpisah dengan mama, mahu cakap anak
manja, tidak juga terlalu manja, mahu cakap tidak boleh brdikari tapi saya
berjaya bedikari selama 2 tahun di Sarawak, ini kerana mama lah insan yang
sentiasa disisi saya dikala susah dan senang, pemberi sokongan, memahami saya
dan penyayang, Positif-positif please, saya akan ambil perasaan ini sebagai
pendorong untk saya lebih berusha mencapai impian, Insya Allah. syawal juga
hampir ke penghujungnya, rasanya masih sempat saya untuk ucapakan Selamat Hari
Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.. Insya Allah, pejam. Celik, pejam, celik
juga tidak terasa saya akan jadi pelajar tahun3 dan ini bermaksud tanggungjawab
semakin besar harus saya pikul sebagai seorang mahasiswi. Kalau sudah cuti mood
cuti pun menguasai diri, memang sukar untuk lawan dan TAPI saya harus
lawan mood cuti untuk cari jurnal-jurnal dan buku yang berkaitan tentang tajuk
yang telah saya decide untuk buat proposal PTA harap penyelia terima. Semoga
semua perancagan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.
Kerinduan
mula terasa dan dirasai kami semua anggota keluarga, terasa kehilangan seorang
nenek tercinta, raya tahun ini kami sambut dengan sederhana kerana
masing-masing rasa kehilangan. Pemergian nenek tercinta mengajar saya untuk
lebih menyukuri nikmat Allah SWT dan menghargai orang di sekeliling dan
Alhamdulilah Allah SWT telah menganugerakan hidayah kepada hamba-hambanya. Arwah
nenek seorang yang penyayang, walaupun dalam ketegasannya, arwah nenek seorang
yang penyayang terhadap anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan orang di
sekelilingnya. Saya terlalu merindui arwah nenek dan sesungguhnya meratapi
pemergian orang tersayang tidak elok dan gantikan kerinduan itu dengan doa dan sedekahkan Al-
fatihah. Insya Allah, kerinduan terhadap orang yang telah menghadap ilahi ia
memohon untuk kita doakan dan sedekahka Al-fatihah kepadanya. Sesungguhnya kita
juga tidak terlepas untuk berhadapan dengan kematian bila-bila masa, tidak kira
tua dan muda. Selagi kita diberi kesempatan, carilah amal di dunia untuk
bekalan ahirat, peringatan untuk diri saya juga. Insya Allah…
pada kali saya tergerak mahu kongsikan sedikit pengalaman masuk IPTA, memandangkan keputusan UPU sudah keluar.
Tahniah
dan congratulation kepada adik-adik yang berjaya menjejak kaki ke IPTA dan
kepada adik-adik yang tidak berjaya dalam UPU jangan putus asa tekan butang
RAYUAN dan sentiasa positif semuanya ada hikmah disebalik kejadian. Rezeki
tidak akan putus selagi kita usaha. Kepada adik-adik yang terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke IPTA, sedikit perkongsian pengalaman saya dan Insay
Allah dapat membantu adik-adik sedikit. Memang banyak hal yang harus difikir dan akan dilakukan dan pelbagai perkara yang sukar untuk kita laksanakan anataranya.. Pertama kali dapat tawaran belajar ke
IPTA (UINIMAS) perasaan masa itu sukar untuk diperkatakan yalah siapa tidak
mahu masuk IPTA kan, impian dari rajah 1 kot hehe.. tapi bila tengok yuran
pengajian ketika mula masuk memang fikir-fikir tidak tidur juga, saya bukanlah
dari keluaga senang tapi alhamduliah makan dan pakai kami cukup tapi itu zaman
saya dan adik lelaki bongsu, kalau becerita dengan abang-abang dan kakak-kakak
kami mereka akan cakap “bagus sekarang kamu dua sekarang apa kamu mahu semua
ada, dulu kami susah mahu dapat”. Buka juga minda ni untuk terus bersyukur. Dan
sambung cerita untuk yuran pengajian untuk permulaan memang mahu guna duit yang
banyak dan dalam hati masa itu, redha dengan apa jua keputusan. Keluarga saya
tidak akan pernah membiarkan saya begitu saja dan alhamdulilah setiap masalah
pasti ada penyelesaiannya, saya berjaya untuk tekan butang sambung belajar
hasil usaha ahli keluarga saya dan izin Allah SWT. Kepada adik-adik jangan
cepat putus asa jika mempunyai masalah yang sama kerana selagi kita usaha kita
akan dapat penyelesaiannya. Insya Allah…
Seterusya,
berkaitan kursus yang bakal saya ambil, memang ketika itu saya langsung tidak
tahu apa itu WA23 Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian Kajian
Khidmat Sosial??? Alhamdulilah keluarga saya tidak menghalang dan yakin dengan
pilihan yang saya buat. Ketika ditahap ini pelbagai pendapat orang-orang yang
cedik pandai sekeliling saya bagi pendapat dan perkongsian, ada dorongan yang
positif, negatif dan positif dalam merendahkan semangat pun ada. Macam-macam…
kata-kata dan nasihat yang saya ingat sampai sekarang yang positif dalam
merosakkan semangat yang berbunyi ‘ SAINS SOSIAL NI KEBANYAKAN PELAJARNYE KEJUTAN BUDAYA, SUKA BERLAGAK DAN SUKA BERGAUL TERLALU SOSIAL. PANDAI2 LAH YE JAGA DIRI”
huh!!! beginilah orang yang selalu kata dirinya bijak pandai tapi sebaliknya.. Untuk yang pertama kali macam saya ni memanglah akan takut juga. Bila
sudah sampai dan sendiri laluinya, kata-kata tu langsung tidak sama.. erm…moral
of value disini kepada adik-adik jangan dulu buat andaian yang buruk. yakinkan ibu bapa kita yang kita boleh ambil dan course yang kita dapat. apa yang boleh saya katakan Lihat
dan rasai sendiri. Mengenai jaga diri itu sangat penting terutama perempuan.
Mesti kena pandai jaga diri dan pergaulan supaya kita tidaklah dikatakan kejutan budaya ya.. ^_^
Masalah yang paling sukar untuk saya sendiri
hilangkan iaitu sukar berpisah dengan keluarga. Sebelum ini saya tidak pernah
jauh dari keluarga tapi saya positifkan diri kerana peluang ini datang sekali. saya teringat kata-kata cikgu BM tingkatan 5 yang berkata "anak yang menangis dan minta untuk diambil pulang kerana tidak boleh berjauhan dengan ibu bapanya bukan lah anak yang ingin bahagiakan ibu bapanya tetapi menyusahkan ibu bapanya lagi"
Alhamdulilah… saya berjaya untuk datang Sarawak tanpa keluarga dan berdikari
sendiri di tempat orang. Memanglah untuk first and two weeks perasaan sedih itu
ada tapi bila pensyarah sudah bagi tugasan perasaan rindu itu berganti risau
dan semangat mahu siapkan tugasan tepat waktunya. Apa-apa pun jauh mana pun
kita keluarga jangan lupa sebutlah mereka sentiasa dalam doa. Insya Allah
kita akan rasa dekat dengan keluarga walaupun mereka jauh.
Wow!!!
Panjang lebar juga saya membebelkan, harap pengkongsian ini berguna untuk
adik-adik yang bakal ke IPTA.. selamat maju jaya bersama-sama ^_^ mohon maaf jika tulisan saya ada menyinggung perasaan pembaca, sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari diri ini sang manusia.
Doaku bersama rakyat Gaza.
Ikhlas,
Hamba
yang masih perbaiki diri,

No comments:
Post a Comment