hati saya tiba rindu sakan mahu update blog. Minggu ini minggu cuti untuk pelajar IPTA (cuti semester break untuk mid-term) cuti semester ini rasa lain sikit tak ada pun rasa dihati mahu pergi mana hanya mahu duduk bilik polah FYP tapi sik boleh juga kan kena pergi CAIS (lebry) dan paling sedih mood malas lebih menguasai diri kalau melayan ni MALAS. semoga saya cepat-cepat bangkit dari kemalasan diri yang bikin saya sendiri susah nanti. Projek Tahun Akhir dan tugasan-tugasan lain sedang dalam proses membuat. risau sangat untuk semester ini sik tahu kamek kenak? mungkin takut tidak dapat mengurus masa dengan baik. harap saya terus berusaha untuk dapatkan kembali diri ku yang dulu yang rajin dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja... Serius rindu Herdayati yang form 6. saya mesti terus berusaha dan sentiasa ingat tujuan utama saya.
sedih saja statement saya di atas kan? nevermind...
okey, cukup kat atas ni saja statement yang sedih, ya... berita baik mahu kongsi... akhirnya saya dapat anak buah perempuan..Alhamdulilah... orang paling happy mestilah abang dan kak iparkan tapi saya tengok mama yang terlalu teruja dan sangat-sangat bersyukur atas nikmat ALLAH SWT beri kepada kami semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang solehah ya sayang. rindu dengan anak buah ku yang lain juga hazriq. ussin. afzal, rezmie dan adik..mummy rindu kamu dan sayang kamu. saya juga hari-hari rindu mama dan saya lah anak mak!!!... saya tidak pernah malu kalau orang mahu cakap saya anak mak sebab? ALLAH SWT anugerahkan saya seorang isan yang sangat berharga dalam hidup saya. Alhamdulilah.. syukuran yarobb...
perenggan ni saya mahu cakap pasal persepsi orang sekeliling ku yang masih dalam kepompong rama-rama. kenapa? baiklah pembaca-baca sekelian... saya mahu bagitahu muslimah yang pakai tudung bidang 50 0r 60 bukan semuanya ustazah tapi mereka-mereka ini risau dan jaga aurat mereka kerana ALLAH SWT.. tidak semestinya pakai tudung besar sikit itu USTAZAH. hamba sendiri laluinya.. Alhamdulilah bersyukur sangat dapat berhijarah, ALLAH SWT anugerahkan nikmat petunjuk perperingkat-peringkat. sejuk saja hati bila sudah berhijarah ke tudung-tudung bidang 50 ni tidak bila pakai tudung bidang bawah 50 rasa tidak selesa mahu keluar macam ada yang tidak kena saja. bila sudah pakai tudung besar dan pakai sarung kaki, mulalah cakap sindiran bermula.. "wah ustazah sudah kau?" ehh " anak kau belajar ustazah ka?" ermmm..bukan ustazah pun boleh pakai tudung besarlah mak cik, pak cik.. JOM UBAH CARA KITA BERFIKIR!!!
sama ertinya dengan apa yang saya maksudkan di bwah.
1. Solat
Kalau anda tidak solat cukup lima waktu, usaha untuk amal tidak tinggalkan salah 1 waktu solat. Teruskan dan lama-lama hati kita akan takut untuk tinggal solat dan elak dri tinggalkan solat dan ikhlas melakukan ibadat solat.
2. Pemakaian(wanita)
Jika anda seorang yg tidak tutup aurat, cuba anda pakai tudung dan tutup aurat dengan sempurna untuk 1 minggu dan selepas 1 minggu anda buka mesti anda rasa lain. So? teruskan!!!
~ perkara di atas adalah wajib!!! Wlpn sya ckp experiment lama2 perbuatan yg kita tinggal, jika diamal akan menjadi aktiviti wajib kita drpd seseorang itu tidak cuba untuk berubah. Insya Allah.. kita akan ikhlas lakukan kerana ALLAH SWT...
Ikhlas
hamba ALLAH SWT yang masih perbaiki diri..




No comments:
Post a Comment